Saturday, March 12, 2011

my heart...

“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!” - Pesan Imam Al -Ghazali



Ya Tuhanku,
ku mohon padamu sekeping hati yang baru
Hati yang lembut dari hati yang keras ini
hati yang putih menggantikan hati yang legam ini
hati yang bersih menggantikan hati yang kotor ini
hati yang gentar dengan amaran-amaran Mu
hati lunak terhadap kedua ibu bapa ku
hati kasih terhadap saudara semuslim ku
hati yang sayang pada RasulMu
hati yang cinta hanya padaMu
hati yang rindu untuk syahid di jalanMu
hati yang gagah menghadapi musuh-musuhMu
hati yang tegar berdepan dengan ujianMu
hati yang sentiasa bermunajat kepadaMu
kurniakanlah kepadaku
Wahai pemilik segala hati
hati yang hanya terpaut padaMu
amin.......


sila la komen ^_^

No comments:

Post a Comment