Sunday, November 6, 2011

raye korban.....

bukan lembu ke kena korban org pn korban gak
assalamualaikum...
hyep...ari ni kyella nk ckp sal RAYA KORBAN...urmm memang raya korban ni kita kena berkorban ape je ea????ari ni kyella sedih la sebab ingat akak kyella xbalik raye sob2 huk2 sian dia kan???terpaksa berkorban diri x raya kat kamoung sebab keje...tetiba kyella terfikir cm ne la nanti kyella dah keje ???kyella pn kena berkorban cmtu gak ke???urmm sedih kan lau raye x leh balik umah???huk2 xmo keje la lau cm tu nk dop umah ngan umi je bole x???bila nak balik umah AYAH ni????hehhehe ngan umi dah jumpa ngan ayah lom g 
ALONG!!!! bila nk g umah ayah ni????
cakap pasal keje ni tringat lak kat segamat..... heheehee x lama lagi dah kena g segamat balik dah waaaa sdih nye dah la ngan result x seberape....malu weyyy mmg sem ni kena struggle la lau x urmmm x tau la kena bina tekad dan azam yang baru ni!!!!yeah chaiyok2!! kena tingkat kan usaha ni kena maju kehadapan....
ok sem dpn nk buat yang terbaik xmo main2 dah asenye...

yuhooooo im now part 4 ok!!!
cakap sal sem dpn lak hehehe kyella secara official dah jadi SENIOR PART 4 ye adik2 sekalian hehhee (agak kebanggan di situ) hehhee tetiba ase excited lak dah jadi senior la katakan.... huhuhu and now nk mengumumkan saya::

NORAKILAH BINTI ZAHARI
 DBST PART 04
ok lah got to go now heehehee c u again..papaii
:)





sila la komen ^_^

Sunday, October 9, 2011

farewell hurmm :'(


KAMI(MIZZTECH COOPERATION)

KAMI

                                                                 assalamualaikum
diam x diam...sedar x sedar..dah hbs sem 3 dah...walaupon gembira habis paper tp kyella tetap sedih bila nak pisah ngan kwn2... :( kebanyakan nye sume balik ari ni...banyak kenangan kita orang bersama di bumi yang diberi nama SEGAMAT..harap segala kenangan tu disimpan baik2 oleh korang sume walaupun kenangan tu pahit tapi jangan lah korang buang..kadang-kadang orang cakap yang pahit tu bole jadi ubat...so walau ape pon korang selalu la kengan kenangan kita bersama di sini ye korang balik tu take care au jgn nakal2... balik umah jangan lupakan miss kyella ni au....ingat segala kenangan kita kat cni...walau ape pon terjadi  kyella tetap sayang korang...korang dah macam adk beradik  kyella dah kat cni...kita nangis sama-sama, kita gelak sama-sama, kita kutuk org sama hehhhe, kena marah sama-sama...ingat sume tu ye nanti kalau panjang umut kita jumpa lagi kat bumi segamat yang menyimpan seribu satu kenanga kita bersama... hurmm tahun dpt kita dah jadi senior kan??tapi  kyella x rasa cam tu pun tah la x tau nape jd cam tu huhuhu... k la kat cni miss kyella selit kan kenangan kita sem ni...
love korang <3<3
izzah,suha,miss kyella,anith
huuhuu masa CEO bg penerangan agenda meeting tu
(mizwan,hazmi,zatil&yuss)


ni mase lps hbs paper CTU

ni masa miss kyella ngan cik sueha lps hbs kelas MACRO




huuhuh kwn2 ku ingat ni selalu.... <3

sila la komen ^_^

Wednesday, October 5, 2011

mna perginya cuti aq???

assalamualaikum....
huhhuhu dah berkurun dah aq x update blog ni hehhehe bukan ape malas la wireless kat cni macam hape dah malas aq!! urmmm cuti gep final dah macam ape dah sume orang balik aq masih tersadai kat segamat dihatiku ni
ape benda laa...dah la cuti aq pun kena cut sebab kerisma tu...urmm ape la nasib badan...tapi ape pon aq harap pengorbanan aq xbalik ni membuah kan hasil huhuhhuuuu xDL pn x pe asal kan lulus je ngan satu g hehhee harap aq menang t main silat nanti..... hehhehet leh g sabah huhhuhuu bole g kampung IZZAH hehehhe n satu g bole naik BELON hak2 moga2 berjaya la ek hahahaa

sila la komen ^_^

Monday, August 22, 2011

cara nak buat rumate korg gile!!!!






Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau 
dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 
dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 
Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu.
 Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. 
Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda.
 Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok
 tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu
 dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" 
sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat..
.Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil
 merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 
atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata,
 "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, 
bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald.
 Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, 
sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau".
 Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang
 anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat".
 Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. 
Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. 
Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. 
Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis.
 Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara
 mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus.
 Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. 
Letak sekali gambar dia dlm risalah tu.
 Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam,
 nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu,
 buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh,
 bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. 
Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada 
seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi.
 Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk
 beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau 
minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata 
"Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding..
.". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat),
 pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam
 kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia.
 Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat

sila la komen ^_^

Saturday, August 13, 2011

k-a-w-a-n

Mesti korang nk tau kn ape maknanya sahabat ni?Jom kita tgk ape mknenye KAWAN :-


K- kehadiran menceriakan
A-  Antaranya tiada rasa curiga
W- Walaupun jauh tapi dekat di hati
A- Ambil Berat (bukan berat bdn)

N- Namanya Sentiasa Di Hati


Kadang2 istilah kawan ni wujud ketika dalam KESUSAHAN.Apa yg saya maksudkan di sini adalah SESETENGAH manusia ni hanya menganggap seseorg tu KAWAN ketika berada di dalam KESUSAHAN.Bila senang,KAWAN terus di lupakan.Bile berlaku mcm ni,alasan SIBUK akan wujud.Padahal tak SIBUK pun..Tapi itulah hakikat seorang manusia.Tapi jangan salah faham.Yang di maksudkan bukan semua manusia,tp kebanyakan begitu.So,kita HARGAI lah seorg insan yg bergelar KAWAN.Jangan Berkawan Ketika Berada Dalam Kesusahan.Berkawanlah Ketika Senang Dan Susah.Anda tidak akan rugi kalau menjadi seorang KAWAN yg Baik .Bak kata pepatah "Harimau Mati Meninggalkan Belang,Manusia Mati Meninggalkan Nama".Jadikan pepatah itu sebagai semangat tok menjadi seorg KAWAN yang Baik..sebb seseorg akn mengingati kita smpai bila2 kalau kita BAIK dengan mereka..Walaupon suatu hari nanti kita akan pergi buat SELAMANYA. 

p/s: sekali kita berkawan selamanya kita berteman



Friends smile at you,
they like your face.
They want to be with you,
at any old place.
Friends have fun with you.
They share.
They're glad,
when you are happy.
When you are sad they care.
If you are friends you care too.
That's why your friends are glad,
You are too.

sila la komen ^_^

Thursday, July 21, 2011

before and after.

Before marriage....

He: Yes. At last. It was so hard to wait.

She: Do you want me to leave?

He: No! Don't even think about it.

She: Do you love me?

He: Of course! Over and over!

She: Have you ever cheated on me?

He: No! Why are you even asking?

She: Will you kiss me?

He: Every chance I get.

She: Will you hit me?

He: Are you crazy! I'm not that kind of person!

She: Can I trust you?

He: Yes.

She: Darling!

After marriage.

Simply read from bottom to top. hehehe

sila la komen ^_^

Monday, July 18, 2011

TEARS :'(

Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengertiĆ¢€¦"


Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.


"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

sila la komen ^_^